2 slices salmon 2 + 1 sudu besar olive oil 1 sudu besar butter 1/2 sudu besar jus lemon 4 sudu besar air garam secukup rasa lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam) daun bawang untuk hiasan tepung gandum/ corn starch
Cara-cara
1.Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
2.Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
3.Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil.Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
4.Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
5.Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
6.Kalau nak lagi sedap, sebelum letak salmon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.
Ayam bakar mayonis
Bahan-bahan
8 ketul drumstick 1 sudu besar mayonis 1 kiub ayam 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos tiram Lada hitam secukupnya-tumbuk 2 ulas bawang putih-tumbuk 1/2cm halia-tumbuk
Cara-cara
Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.
2 biji mangga muda (diparut) 2 ekor sotong- bersihkan dan rebus 2 batang cili ( hijau dan merah) 1 labu bawang besar - dipotong halus 5 sb cuka Gula dan garam sedikit belacan - Jika mahu
Cara-cara
Gaulkan mangga,sotong yang telah direbus, cili, bawang dengan cuka, gram dan gula. Masukkan belacan untuk menambahkan rasa dan siap untuk dihidangkan